MOHD FARID MASEH HILANG 😢

MANGSA dilaporkan terjatoh ke dalam sungai ketika memancing berhampiran Pengkalan Jeti Bot ,SK Dato Sharif Hamid,Kpg Narum Marudi semalam.

Operasi Hari Ke – 2 bermula di lokasi pada pukul 9 pagi tadi. Pihak Bomba bersama Polis, APM dan orang kampung telah membuat pencarian dengan menggunakan kaedah Water Surface Searching  dengan radius keluasan pencarian sejauh 18 KM.

Lokasi pencarian sehingga ke kawasan Kampung Narum, Lubuk Naga dan Pengkalan Feri. Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui.

Operasi ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.Sehingga kini mangsa masih gagal ditemui. Operasi pencarian akan disambung keesokan harinya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.