WANITA CEMAS!! KERETA TIBA2 BERASAP LALU TERBAKARšŸ˜¢

Seorang wanita terselamat apabila sempat memberhentikan pacuan empat roda (4WD) dipandunya sebelum kenderaan itu terbakar di persimpangan Pekan Tatau, Tatau, di sini, pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau,Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nazari bin Harun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.16 pagi menerusi talian kecemasan 999 sebelum terus bergegas ke lokasi berkenaan bersama tujuh anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Bonnie Sera.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku di persimpangan Pekan Baru Tatau itu, pemandu berusia 32 tahun terbabit dipercayai menyedari asap keluar dari enjin kenderaan, lalu berhenti di bahu jalan.

ā€œSetibanya di tempat kejadian, mendapati ada sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max sudah musnah terbakar 90 peratus.

ā€œBagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

ā€œKita bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hose dan sumber air daripada tangki jentera.

Kebakaran dapat terkawal pada jam 06.30 pagi manakala operasi tamat sepenuhnya jam 07.00 pagi katanya di sini hari ini.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s