Bekas Pelajar ST Thomas Agih Bubur Lambuk Kepada Penduduk Petra Jaya

KUCHING: Selepas kali terakhir bertemu 2001, perjumpaan semula bekas pelajar SMK ST Thomas menampilkan kelainan dengan mengadakan program pengagihan bubur lambuk.

Kira-kira 20 bekas pelajar itu mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya yang melalui Jalan Astana.

Ketua program, Syahrul Hafizy Ghazali berkata, idea mengadakan program tersebut adalah untuk menampilkan sedikit kelainan untuk perjumpaan bekas pelajar.

“Secara tidak langsung kami sebagai bekas pelajar dapat bersama mengimarahkan bulan Ramadhan menerusi program amal seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Pengagihan Bubur Lambuk di sini, hari ini.

Lebih menarik lagi menurutnya, proses memasak bubur dilakukan semua bekas pelajar.

“Kami mewujudkan kumpulan Whatsapp bagi memudahkan program ini diadakan.

“Menerusi kumpulan Whatsapp ini kami berbincang mengenai perjalanan program,” ujarnya.

Beliau berkata, perbelanjaan untuk program tersebut adalah hasil sumbangan bekas pelajar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s