PERTAMBAHAN FERI DAN PERLANJUTAN MASA OPERASI PERKHIDMATAN FERI BERSEMPENA MUSIM PERAYAAN DAN CUTI SEKOLAH

SEBUYAU, 25 MEI 2019: Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menambah bilangan feri dan melanjutkan masa operasi perkhidmatan feri sepanjang tempoh 25 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019 di pengkalan-pengkalan feri di sepanjang laluan jalan pesisir Sarawak bagi menampung jumlah trafik bersempena musim cuti sekolah, perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengkalan feri tersebut adalah seperti berikut:

1) Feri Sebuyau/Triso di Bahagian Samarahan dan Betong; 2) Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) di Bahagian Betong; 3) Feri Sg. Sian, Bintangor di Bahagian Sarikei;

4) Feri Batang Lawas di Bahagian Limbang; dan

5) Feri Muara Lassa, Feri Batang Paloh dan Feri Kuala Igan di Bahagian Mukah

Masa operasi bagi kelima-lima pengkalan feri berkaitan adalah seperti berikut;

A. Pengkalan Feri Sebuyau/Triso Bahagian Samarahan dan Betong

1. Feri Pertama masa operasi dilanjutkan sehingga 12 tengah malam;

2. Feri Kedua akan dilanjutkan sehingga keesokkan 2 pagi; dan

3. Feri Ketiga akan beroperasi seperti biasa dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

B. Pengkalan Feri Batang Saribas (Pusa/Beladin) Bahagian Betong

1. Feri Pertama akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam; dan 2. Feri Kedua sehingga keesokan 2 pagi.

C. Pengkalan Feri Sungai Sian, Bintangor Bahagian Sarikei

1. Feri Pertama bermula seawal jam 5 pagi dan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam.

2. Feri tambahan kedua juga akan beroperasi sepanjang tempoh ini dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

D. Pengkalan Feri Batang Lawas Bahagian Limbang

1. Feri Pertama dilanjutkan dari 8 malam sehingga 12 tengah malam.

2. Feri tambahan kedua juga akan turut beroperasi di pengkalan ini dari jam 6

pagi sehingga 8 malam.

E. Pengkalan Feri Muara Lassa, Batang Paloh dan Kuala Igan Bahagian Mukah

1. Feri Pertama dan Feri Kedua akan dilanjutkan masa operasi sehingga 12 tengah malam. Sepanjang tempoh ini, pertambahan satu lagi feri, iaitu

2. Feri Ketiga akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Langkah ini diambil bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin banyak menggunakan perkhidmatan feri. Langkah ini juga dilihat mampu mengurangkan masa menunggu di pengkalan feri ini pada waktu puncak iaitu ketika musim perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri serta musim cuti sekolah.

Pengguna-penguna jalan raya yang menggunakan perkhidmatan feri di seluruh Sarawak dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan feri dan

memberi kerjasama supaya tidak memotong barisan serta mengikut arahan krew feri yang bertugas terutama semasa kenderaan keluar masuk feri.

Juga diingatkan bahawa, hanya pemandu sahaja dibenarkan berada di dalam kenderaan dengan cermin dibuka sepenuhnya manakala semua penumpang lain tidak dibenarkan berada di dalam kenderaan masing-masing ketika feri sedang bergerak. Ketika kenderaan berada di dalam feri, enjin hendaklah dimatikan, brek tangan ditarik dengan ketat dan pengguna dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap lokasi alat bantuan kecemasan seperti jaket, pelampung dan rakit keselamatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s