KEBAKARAN PONDOK DI KPG SG UD DALAT : TINDAKAN PANTAS PENGHUNI DAN PENDUDOK KPG ELAK API DARI MEREBAK KE RUMAH2 BERDEKATAN🙏🏻

Tindakan pantas penghuni serta penduduk kampung telah memadam kebakaran sebuah pondok yang dijadikan tempat memanggang ikan berjaya mengelakan kejadian lebih teruk memandangkan keadaan struktur rumah yang berdekatan di Kampung Sungai Ud Dalat, Mukah hari ini.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada mancis yang dibakar oleh dua kanak-kanak berusia antara lingkungan 5 tahun dan 6 tahun. Bagaimanapun kebakaran itu tidak mengakibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azhari bin Awi, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan pada 12:48pm dan sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi dan tiba 38 minit kemudian.

Kebakaran pondok yang berukuran 10×12 kaki persegi tersebut telah telah mengakibatkan kemusnahan 40 peratus dan berjaya dipadam oleh penduduk dengan menggunakan sumber dari air sungai.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak balik pada pukul 1.40pm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s