EKSIDEN 2 BUAH LORI DI SIMPANG SING BA JLN BINTANGOR SIBU PETANG TADI

Kemalangan melibatkan sebuah lori Hino 5 tan dinaiki 2 orang pekerja berlanggar dengan lori Daihatsu 3 tan juga dinaiki 2 orang pekerja.

Kesan daripada kemalangan tersebut, menyebabkan kaki seorang pemandu dari lori Hino telah tersepit pada bahagian pedal dan pintu. Pihak Bomba menggunakan peralatan khas _Resque Tools Kit_ bagi mengeluarkan mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut. Manakala 3 lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Operasi juga turut dibantu menggunakan kren bagi mengalihkan lori yang menghalang laluan.

Operasi telah tamat sepenuhnya pada pukul 5.07 petang.

Leave a Reply