TERKINI : KEBAKARAN KEDAI MOTOSIKAL SEBELUM JEMATAN BATU KAWAH

Sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran di Lot 6, Jalan Batu Kawa, Kuching di sini, pagi ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, PgKB I Henderi Ardimansyah berkata, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan menaiki dua jentera serta dua Jentra Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.44 pagi.

Setiba pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, mendapati api marak di tingkat bawah kedai tiga tingkat jenis kekal berkeluasan 20×60 kaki persegi dan telah musnah terbakar dalam 70 peratus. Maklumat awal dari pemilik permis hampir 50 buah motosikal pelbagai jenis turut musnah dalam kebakaran itu,”katanya.

Tambahnya lagi, Pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran ketika melawan kebakaran disebabkan masih lagi terdapat arus elektrik dan berusaha memadamkan kebakaran daripada merebak ke lot bersebelahan.

Tindakan pantas anggota berjaya mengawal api pada jam 2.44 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.13 pagi,” katanya sambil manambah, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s