[VIDEO] 30 GERAI PENIAGA MUSNAH DLM KEBAKARAN DEPAN WISMA YAKIN JLN MASJID INDIA

KUALA LUMPUR 21 Mei – Lebih 30 peniaga berputih mata apabila gerai mereka musnah dalam kebakaran di hadapan Wisma Yakin, di Jalan Masjid India, dekat sini sebentar tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 1.35 pagi.

“Sebanyak 48 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang terdiri daripada BBP Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Kanan, L. Logeswaran, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.44 pagi, terdapat kira-kira 30 unit gerai sudah terbakar sepenuhnya.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 2.04 pagi.

“Kerja-kerja pemadaman ‘overhaul’ sedang dijalankan dan unit Siasatan Kebakaran telah berada dilokasi kejadian untuk menyiasat punca kebakaran tersebut,” katanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s