TERKINI : KEBAKARAN RUMAH DI KPG NIUP KOTA SAMARAHAN

Sebuah keluarga di Kampung Niup, Kota Samarahan, dekat sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden membabitkan rumah yang didiami oleh sebuah keluarga empat penghuni.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Christian Olas, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.35 petang.

Susulan itu, katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan , dan BBPTabuan Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak melibatkan sebuah rumah, berkeluasan 30 x 40 kakipersegi berstatus kekal yang telah musnah dalam anggaran 80 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3 petang dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.48 petang.

Anggaran kemusnahan rumah itu sebanyak 80 peratus, punca kebakaran serta jumlah kerugiaan masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s