Warga Negara Cyprus Sesat Di Gunung Santubong

Seorang lelaki warga negara Cyprus dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki gunung Santubong.

Mangsa dikenali sebagai Makhelos berumur dalam anggaran 20an telah mendaftar masuk di HQ Sarawak Forestry pada pukul 9.10 pagi tadi.

Beliau sempat menghubungi pegawai Sarawak Forestry pada jam 1 petang dan menyatakan lokasi terakhir sebelum terputus hubungan.

Seramai 5 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya diketuai oleh Ketua Balai PKPgB Tan Min Chai kini masih dalam usaha mencari mangsa.

Leave a Reply