DUA CEDERA DALAM KEMALANGAN KERETA YG BERTEMBUNG DI BINTANGOR 😢

Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Tanjung Genting, Bintangor sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor PBK I Hasman Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.01 petang. Sebanyak tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Waja telah bertembuh dari arah bertentangan,” katanya.

Kedua-dua pemandu kenderaan tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi dan telah diserahkan kepada pihak ambulan bagi mendapatkan rawatan. Pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan serpihan kenderaan akibat kemalangan dan operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang, katanya di sini hari ini.

Leave a Reply