TERKINI : EKSIDEN DI PERSIMPANGAN KPG TEMATU JLN KUCHING BAU

Dua lelaki cedera selepas kereta Toyota Corola dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan lori di jalan Kuching-Bau petang tadi.

Dalam kejadian 3 petang itu, lori tanpa muatan yang dipandu dari arah Kuching menghala ke Bau, manakala kereta terbabit dari arah bertentangan.

Difahamkan, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta berkenaan.

Bagaimanapun, pemandu lori dan sebuah lagi kereta jenis Myvi itu tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Berjaya bin Udin berkata, anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang menerima panggilan kejadian pada 3.02 petang.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua lelaki dewasa yang menaiki kereta Toyota Corola, dengan lori.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati dua mangsa masih terperangkap dalam dan cedera sebelum pasukan bomba mengeluarkan mangsa itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan yang hadir untuk tindakan lanjut sebelum operasi itu tamat sepenuhnya pada 3.48 petang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s