Manchester City Juara

Manchester City menang bergaya selepas berjaya mengalahakan Brighton & Hove Albion.

Di Amex Stadium, City ketinggalan satu gol hasil tandukan Glenn Murray yang berjaya mengegarkan jaring pada minit ke-27. Bagaimanapun Sergio Aguero berjaya membalas jaringan seminit kemudian.

Aymeric Laporte membawa City unggul dengan gol hasil tandukan meneruskan tendangan sudut Riyad Mahrez. Pemain asal Aljazair itu juga menempatkan nama di papan skor dengan tendangan kaki kiri pada minit ke-63.

Tendangan bebas Guendogan melucur deras ke sudut kiri atas gawang Brighton. Ryan gagal menepis bola masuk ke gawang pada minit ke-72. Man City Sang Juara unggul dengan kemenangan 4-1.

-wiraalam-SA

Leave a Reply