ABAM BOMBA SIBU SELAMATKAN WANITA DARI CUBAAN BUNUH DIRI

Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warga negara Filipina berusia 29 tahun daripada cubaan bunuh diri dalam kejadian di sebuah bangunan di Jalan Tong Seng, Sibu di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Zaidel bin Zailani berkata, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan oleh anggota sejurus pihaknya menerima panggilan pada jam 7.36 pagi.

Katanya, sebuah jentera FRT dan sebuah Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) bersama 8 anggota ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.

“Kehadiran anggota sejurus menerima panggilan dari orang awam mengenai cubaan bunuh diri seorang wanita di tingkat 4, sebuah bangunan.

“Wanita terbabit duduk di atas bumbung dalam keadaan menangis,” katanya mengetuai operasi itu.

Katanya, mangsa dipujuk dan ditenangkan oleh anggota bomba dan usaha itu nyata berjaya.

Motif wanita itu bertindak sedemikian tidak diketahui dan operasi ditamatkan pada jam 8.22 pagi katanya selepas dihubungi Sarawak Edition pagi ini.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s