“BATOU” @ BATU

Hanya 100 miligram tetapi harganya boleh mencecah RM50.00!!

Kalau dibuat belanja membeli beras, kenyang serumah makan berminggu-minggu lamanya.

Pernahkah anda mendengar atau terdengar anak-anak atau mana-mana individu dikenali menyebut-nyebut “Batou” atau “Batu” di hadapan anda? Semestinya ia bukan merujuk kepada batu di atas jalan ataupun batu perhiasan.

AWAS! Ia mungkin merujuk kepada bahan yang mampu membinasakan seluruh keluarga anda.

Apakah “Batou” atau “Batu” yang dimaksudkan?

“Batou” merupakan nama jalanan dalam bahasa Melanau manakala “Batu” dalam bahasa Melayu tempatan. Sebenarnya ia adalah SYABU dan nama saintifiknya dikenali sebagai ‘Methamphetamine’.

Daripada pengalaman pihak AADK Mukah , masih ramai ibubapa yang tidak mengenali rupa SYABU dan tertanya-tanya rupa fizikal SYABU. Namun secara zahir mereka sudah tahu kesan-kesan SYABU ke atas anak-anak mereka (contohnya, tidak tidur sehingga 2 atau 3 hari, tidak mahu meneguk makanan, kerap minum air kosong, setiap hari meminta wang, pemarah, emosi tidak menentu dan suka menyendiri). Itu hanyalah sebahagian daripada kesan SYABU secara luaran.

Ramai penagih SYABU tidak mahu mengaku bahawa ketagihan terhadap SYABU amat kuat dan mampu mengubah kotak pemikiran mereka menjadi jahat sehingga sanggup MEROGOL dan MEMBUNUH. Mereka menyembunyikan kelemahan ini dengan mereka-reka pelbagai cerita bahawa mereka telah dirasuk hantu dan diganggu secara mistik. Ibubapa dan ahli keluarga juga mudah terpedaya dan percaya dengan lakonan dan rekaan cerita yang begitu meyakinkan.

Sekiranya anda pernah menemui bahan dan alat seperti di gambar di dalam bilik tidur, tandas, garaj atau kebun anda…. WASPADA bahawa si dia sudah terjebak dengan SYABU.

BERTINDAKLAH SEGERA..

HAPUSKAN perasaan malu dan cuba memberi peluang berjuta-juta kali.

Si dia perlu DIBANTU UNTUK PULIH demi masa depan dirinya dan seluruh ahli keluarga.

#sayangidirianda

#komuniti_kita_tanggungjawab_kita

#meth_kills_you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s