MOHON SHARE : HUS CARI WARIS PESAKIT LISA ALIM

KUCHING, Rabu – Hospital Umum Sarawak (HUS) mohon bantuan orang ramai bagi mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang pesakit yang kini masih berada di Wad Gynae (Sakit Puan), HUS.

Melalui kenyataan yang diterima daripada HUS, pesakit dikenali sebagai Lisa ak Alim (anggaran usia 37 tahun, bujang) berbangsa Iban tanpa sebarang pengenalan diri telah dihantar ke HUS selepas mendapat aduan orang ramai bahawa terdapat seorang perempuan yang mengalami sakit perut dan bahagian belakang di Open Air Market, Kuching.

Menurut HUS, pesakit menyatakan beliau berasal dari Kampung Pasir Ulu, Lundu dan telah berada di Kuching sejak usia belasan tahun kerana mengikut orang kampung selepas pesakit kematian ibu. Beliau tiada sebarang maklumat ibubapa dan mengaku tiada saudara-mara.

Beliau pernah melakukan pelbagai kerja termasuk pembantu dapur di Kuching.

Setakat ini pihak hospital tiada maklumat lanjut berhubung ahli keluarga dan latar belakang pesakit. Maklumat perubatan keluarga amat perlu bagi pihak Perubatan merancang intervensi rawatan selanjutnya ke atas pesakit ini.

Sehubungan itu, pihak hospital mohon jasa baik orang ramai yang mengenali pesakit atau warisnya di Kampung Pasir Ulu, Lundu serta di mana sahaja, agar segera menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan Hospital Umum Sarawak, Kuching, Puan Nor-Asmawati Mohd Ali di talian 082-276793 atau 082-276666 samb. 4375.

via Jabatan Penerangan Sarawak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s