[VIDEO] KELUARGA SEMPAT SELAMATKAN DIRI SEBELUM RUMAH TERBAKAR ABIS AWAL PAGI TADIK 😒😒

Sebuah rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Lorong 7 Jalan Korokop, Miri awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak, Zian Azizi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2 pagi yang memusnakan hampir 90 peratus rumah terbabit.

Menurutnya, dua buah kenderaan turut terbakar. Kerja pemadaman kebakaran melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Miri dan Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng. Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pada pukul 4.48 pagi.

Tambah Zian, lima penghuni terselamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan.

Gambar ehsan PBK II Abg Mohd Fhazil

-wiraalam-SA

Leave a Reply