MENGAPA AKU DITANGKAP AADK?

“Akan ku carik sampei ke lubang cacing sapa yang kondem ku sampei ku kenak tahan AADK!”

“Akan ku belasah sampei mati bapak ku kerna gago gilak polah aduan nyuruh AADK nangkap ku”

“Tunggu ku bebas kelak ku balas dendam … sampei kiamat aku sik akan maafkan kau!”

Inilah luahan rasa hati penagih dadah apabila ditahan pihak AADK dalam operasi atau serbuan.

Seringkali perkara pertama tercetus dalam ingatan adalah tertanya-tanya siapakan gerangan individu yang melaporkan kegiatan penyalahgunaan dadahnya, lantas rasa amarah dan dendam membuak-buak di dada. Perasaan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, yang mereka tahu adalah suatu hari kelak mereka akan membalas dendam kepada individu yang mereka sangka telah mengkhianati mereka.

Perkara kedua yang tercetus selepas rasa amarah adalah perasaan membela diri si penagih dan mula membuat rayuan kepada pegawai AADK yang bertugas agar diberi peluang ‘terakhir’ untuk dibebaskan, disusuli dengan janji-janji bahawa mereka akan berubah sekiranya dibebaskan dan tidak diambil sebarang tindakan. Janji-janji ini selalunya diselangi dengan bersumpah atas nama Maha Pencipta. Lakonan ini boleh dikatakan sudah lazim disaksikan oleh para anggota yang bertugas.

Perkara ketiga yang bangkit selepas amarah dan ‘sumpah janji’ tadi adalah perasaan takut untuk memaklumkan kepada ibu, bapa, suami, isteri, dan ahli keluarga bahawa mereka telah ditahan kerana disyaki sebagai penagih dadah dan diuji saringan positif dadah. Kadang-kadang pada tahap ini sesetengah penagih akan mula beremosi, resah, menangis, malu dan kecewa terhadap dirinya sendiri.

Ingatlah semua!

Tiada pembelaan diri yang terbaik sekiranya anda terjebak dengan dadah.

Mengapa harus berjinak-jinak dengan dadah?

Mengapa isterimu/suamimu/anakmu meninggalkan mu apabila kamu bergelumang dengan najis dadah? Kerana mereka sudah letih dengan keadaan..

Mengapa di saat kamu tersungkur kerana dadah, ibu dan bapamu masih setia bersama kamu? Kerana kamulah permata mereka..

Mengapa jiran dan orang kampung tidak suka melihat kelibatmu dan menyisihkan kamu yang menagih dadah? Kerana mereka buntu dan hampir bencikan kamu..

Mengapa harus keluar dari kancah penagihan?

FIKIR…

Mengapa kamu selayaknya mendapat kehidupan bahagia tanpa dadah?

FIKIR…

Persoalannya kini, di mana harus anda bermula untuk berubah?

ONE DAY OR DAY ONE? YOU DECIDE..

AADK membuka pintu luas untuk menerima kehadiran anda yang terlibat dengan penagihan dadah dan seringkali berfikir untuk berubah tetapi gagal berkali-kali kerana jati diri belum cukup utuh.

AADK menerima kehadiran anda untuk mengikuti dan menyertai sahabat-sahabat lain yang sedang mengikuti program pemulihan secara sukarela, tanpa paksaan. SUKARELA UNTUK BERUBAH!

AADK berada di sini untuk membantu anda..

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Mukah,

Tingkat 3, Wisma Persekutuan Mukah,

Jalan Service Centre,

96400 Mukah

Pastinya ada bibit-bibit malu dan segan untuk bersemuka dan mempamerkan diri anda, namun tidak menjadi masalah kerana anda boleh menghubungi kami di talian 084-874270 pada waktu pejabat untuk bertanya sebarang kemusykilan.

Pesanan untuk masyarakat di luar sana, ubah stigma kepada penagih atau bekas penagih dadah. Bina satu sistem sokongan berkesan yang dapat membantu golongan ini.

Dadah Durjana Penghancur Bangsa..

Komuniti Kita Tanggungjawab Kita..

~ Admin AADK Mukah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s