KEMALANGAN NGERI JALAN BARU SEMATAN AWAL PAGI TADI

Seorang maut manakala empat cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sematan di sini pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak, Zian Azizi berkata, sebanyak tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diketuai oleh PB Hadzrik ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 6.25 pagi.

Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbalik dan telah menyebabkan 3 mangsa tercampak keluar dari kenderaan manakala seorang lagi mangsa berjaya keluar dengan sendiri dan seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu,”katanya.

Tambahnya lagi, pihak bomba mengunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai David Dillon ak Anton, 19, berjaya dikeluarkan namun telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan.

Keempat-empat mangsa yang cedera dikenali sebagai Nickolin ak Jeffry, 25, Danielle ak Divedrom, 22, Sellestin Carl bin Stanlly, 16, dan Alraxson ak Menghuan, 16, di kejarkan ke Hospital Lundu bagi mendapatkan rawatan,”katanya ketika dihubungi SE pagi tadi.

-wiralaam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s