MOTOSIKAL BERTEMBONG DGN LORI DI JALAN BUKIT GORAM KAPIT😢

Seorang penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bukit Goram, Kapit di sini petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak, Zian Azizi berkata, sebanyak 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit diketuai oleh PBK II Perita anak Jepai di kerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 3.03 petang.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori bertembung dari arah bertentangan. Penunggang motosikal di kenali sebagai Ho Yong Chiew, 31, cedera dan di bawa ke Hospital Kapit oleh pihak Ambulan.

“Manakala pemandu lori tiada mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada 3.26 petang,” tambahnya lagi ketika dihubungi SE petang ini.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s