Esports: Pertandingan Esports Miri Mendapat Sambutan Hangat

Miri: Hobiz Innovation bersama dengan Bintang Megamall dan Be-Com telah menganjurkan pertandingan Mobile Legends Mini Tournament Siri 1.

Pertandingan ini mendapat sokongan penuh oleh Sarawak All Stars E-Sports dan pertandingan tersebut telah sertai oleh 41 pasukan ataupun 205 perserta datang daripada seluruh Miri. Pertandingan tersebut di adakan di “Dedicated Esports Arena” di Bintang Megamall Miri, 2019.

Menurut Hobiz Innovations, hadiah terkumpul bagi pertandingan ini adalah sebanyak RM3,000.00 (Tunai) dan 19,000 Diamonds (In Game Money).

Selain daripada itu, tujuan utama penganjuran ini adalah untuk memperkenalkan “Esports Arena” terbaru di Miri dan dijangkakan kawasan tersebut akan menjadi tumpuan penganjuran Esports di Miri.

Dengan adanya “Dedicated Esports Arena” di Miri, diharap sukan elektronik di Sarawak dapat berkembang dan segala penganjuran sukan elektronik dapat di adakan di kawasan yang telah di sediakan oleh Hobiz Innovations & Bintang Megamall.

Pihak Sarawak Edition mengucapkan tahniah kepada Hobiz Innovations, Bintang Megamall dan Be-Com kerana telah berjaya menganjurkan sukan elektronik di Miri dengan sokongan padu daripada Sarawak All Stars E-Sports.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s