WIRA TIDAK DI DENDANG

Ramai yang tidak tahu siapakah wira ini. Namanya segerun nama ketua panglima tentera Nazi-Adolf Hitler. Nama Hitler Madeli juga tidak kurang juga gerun dalam kalangan anggota Pasukan Polis Hutan dan juga menjadi ketakutan kepada kalangan anggota PARAKU.

Jika nama Datuk Kanang ak Langkau digeruni dan ditakuti kawan dan lawan pada ketika itu, tidak kurang juga nama Hitler Madeli yang telah menumpas ramai anggota PARAKU ketika berkhidmat sebagai anggota Pasukan Polis Hutan Batalion 10 di Kem Lanang Sibu.

Mengimbas kembali nostalgia suka duka ketika bertempur dengan komunis, beliau berjuang dengan penuh berani, dedikasi, bersemangat tinggi dan tidak pernah berundur sekalipun musuh memuntah ribuan peluru.

Sepanjang perjuangan, ramai musuh terkorban dan ramai kawan diselamatkan termasuklah ketua-ketua platon yang hampir terkorban ketika bertempur di Sg Bidut, Naman dan Durin. Beliau juga pernah berjuang di Sabah bagi memerangi aktiviti musuh-musuh yang cuba menganggu-gugat negeri itu.

Sayangnya, perjuangan beliau kurang diberi perhatian. Beliau hanya dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara. Menurut bekas rakan seperjuangan, sepatutnya beliau layak menerima Pingat Gagah Berani. Mungkin lembu punya susu sapi punya nama sebab itu beliau tidak menerima anugerah tersebut. MALANG BAGI SEORANG PEJUANG.

Beliau dikata seorang anggota yang cukup berani, sentiasa berada di hadapan ketika bertempur. Beliau dikatakan ‘kebal’ tak lut peluru. Malah sehingga kini parut peluru yang tak menembus kulitnya masih ada di bahagian lehernya.

Mungkin kerana cita-cita dan harapannya untuk membebas negeri dan negara dari ancaman komunis serta kesetiaannya berkhidmat untuk negara, keperluan untuk mendesak pihak atasan untuk merekomendasi beliau menerima PGB diabaikan sahaja. Beliau pernah menceritakan bagaimana seorang tentera yang pernah melarikan diri dari pertempuran dengan komunis boleh dianugerahkan PGB.

Kini, perjuangan dan bakti beliau memerangi komunis hanya tinggal nostalgia dan lagenda sahaja.

Wira ini tidak didendang namun telah banyak membantu mempertahankan negara ini ketika era konfrontasi Msia dengan Indonesia dan era PARAKU.

Untuk makluman umum,beliau telah meninggal dunia pada tahun lepas (2018) akibat sakit kanser.😢

Polis Hutan Polis Sarawak #pdrm

[dari post fb Robin Junang]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s