EKSIDEN TENGAH MLM TADIK,SEBUAH KERETA TERBABAS LALU LANGGAR POKOK DI TEPI JLN BDC KUCHING

KUCHING – Seorang lelaki warga Indonesia cedera selepas kereta yang dipandunya melanggar pokok dalam kejadian di Jalan BDC, Kuching, di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Chaplin Wan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga berwarna hitam terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan di lokasi kejadian.

Tambahnya lagi,”akibat rempuhan itu kereta tersebut remuk teruk di bahagian hadapan. Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam telah diberi rawatan awal oleh pihak perubatan dan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan.

“ Kerja-kerja membersih serpihan dan minyak dilakukan bagi mengelakan wujudnya kemerbahayaan lain dan operasi tamat pada pukul 12.55 tengah malam,” katanya ketika dihubungi SE pagi ini.

-wiraalam-SE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s