Sepasang suami isteri nyaris maut lori terlibat dalam kemalangan

MIRI 27 April 2019: Sepasang suami isteri terselamat apabila lori yang dipandu mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Taman Tunku, Taman Tunku, Miri, awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.06 pagi sebelum enam anggota dan sebuah jentera bersama Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang diketuai oleh PB Kebing Ngau bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, bomba mendapati lori yang dipandu oleh Wong Ing See, 64, telah melangar bahagian belakang sebuah lori tanker yang membawa muatan simen.

Impak dari pelangaran tersebut, telah menyebabkan bahagian depan lori tersebut remuk dan telah menyebabkan penumpang Wong Pik Ngiik, 69, tersepit di bahagian kaki,”katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Manakala pemandu lori tanker tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Seterusnya pemeriksaan di sekitar lokasi dilakukan dan operasi tamat jam 1.40 pagi,” katanya.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s