63 peserta Kursus Sains Sukan

Seramai 63 peserta telah selesai menjalankan Kursus Sains Sukan Tahap 1 selama 5 hari yang bermula dari 22-26 April 2019 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong Petra Jaya, Kuching.

Kursus Sains Sukan merupakan salah satu komponen di bawah Skim Pensijilan kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan Ilmu pengetahuan sains sukan kepada jurulatih.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan semasa melakukan aktiviti kecergasan dengan mempelajari prinsip asas kecederaan serta meningkatkan tahap persediaan dikalangan peserta.

Antara kursus yang dipelajari adalah Anatomi, Fisiologi, Biomekanik, Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan dan Kecederaan Sukan serta di peringkat akhir para peserta akan di beri ujian penilaian oleh Institut Sukan Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s