Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Tiba Sempena Lawatan 2 Hari Ke Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Kuching.

Keberangkatan baginda berdua telah disambut Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib; Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Datin Patinggi Jumaa’ni Tun Tuanku Bujang; barisan menteri Kabinet negeri; ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Pada sebelah petang, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat melawat tempat pelancongan yang berdekatan iaitu di Lebuh India dan Tebingan Kuching.

Pada sebelah malam, baginda dan Raja Permaisuri Agong akan berangkat menghadiri majlis santapan diraja bersama Abdul Taib dan isteri di sebuah hotel terkemuka di sini dan turut disertai Ketua Menteri, anggota Kabinet negeri dan tetamu kenamaan.

Menurut kenyataan itu, selepas selesai majlis santapan, pasangan diraja itu akan menyaksikan air pancut berirama di Tebingan Kuching.

Keesokan paginya, Al-Sultan Abdullah diiringi Abdul Taib, dijadual menghadiri sesi taklimat oleh Majlis Islam Sarawak di sini dan mengurniakan surat pelantikan kepada anggota majlis.

Selepas sesi taklimat, baginda akan berangkat ke Masjid Darul Hana menunaikan solat Jumaat bersama-sama masyarakat Islam tempatan di sini.

Sementara itu, Permaisuri Agong mempunyai jadual berasingan di bangunan Mahkamah Lama Kuching yang diiringi isteri ketua menteri melawat Muzium Ranee Brooke dan pameran kraftangan serta menyaksikan demonstrasi masakan tradisional Sarawak.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang.

kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s