Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Berjalan Kaki Lawat Pusat Pejalan Kaki India Street

KUCHING: Selepas tiba di Kuching pada pagi tadi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memulakan lawatan baginda dengan melawat Pusat Pejalan Kaki India Street, petang ini.

Buat pertama kalinya Pusat Pejalan Kaki India Street mencipta sejarah kerana dilawati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan berjalan kaki melawat pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuching.

Pusat membeli-belah ini telah dihiasi indah dengan suasana perayaan termasuk bendera kebangsaan dan negeri yang dipamerkan, replika ketupat dan bunga ranyai untuk mengalu-alukan kehadiran Pasangan Diraja ini.

Kegembiraan jelas terpapar diwajah semua penyewa yang menunggu kehadiran baginda berdua sejak jam 4.30 petang.

Kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah disambut Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri Datin Zuraina Abu Jabar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak YB Datuk Amar Mhd Asfia Awang Nassar dan isteri Datin Fatimah Iskandar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Persekutuan Datuk Mansor Man serta Ketua-ketua Masyarakat.

Pasangan Diraja ini telah menghabiskan lebih dari satu jam di pusat membeli-belah dengan berjalan kaki di trotoar tertutup dan melihat pelbagai jenis barangan yang dijual dari makanan, kraftangan, pakaian, perkakas dapur, perkakasan, buku dan lain-lain.

Mereka juga membuat beberapa perhentian singkat di kedai yang menjual bahan bakeri, penyegaran di kedai kopi, kedai kain dan kedai runcit serta melihat penghasilan kraftangan Sarawak.

Baginda juga turut menerima hadiah daripada Pengerusi Jawatankuasa Pejalan Kaki India Street Dato’ Wee Hong Seng berupa kek lapis, kain dan cawan dengan lukisan mural.

Bagaimanapun, lawatan baginda berdua ke Tebingan Kuching dibatalkan kerana hujan lebat.

Pada sebelah malam nanti, baginda dan Permasuri Agong akan menghadiri Majlis Santapan Diraja bersama TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Turut serta Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, anggota-anggota Kabinet Sarawak dan tetamu kenamaan.

Pasangan diraja itu berada di bandaraya Kuching dalam lawatan kerja selama dua hari yang akan berakhir esok.

Kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s