Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Berkenan Saksikan Persembahan Air Pancut Berirama Darul Hana

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyaksikan persembahan Air Pancut Berirama Darul Hana di Tebingan Sungai Sarawak, malam tadi.

 

Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong diiringi Tuan Yang Terutama DiPertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib, dan Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan dan isteri YAB Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

 

Ketibaan pasangan Diraja itu pada jam 10.30 malam telah sambut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak YB Prof Datuk Dr Sim Kui Hian dan isteri, Datin Enn Ong Ean.

 

Turut menyambut ketibaan ratusan rakyat tempatan yang ingin menyaksikan sendiri wajah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong secara lebih dekat.

 

Sejurus tiba, Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong telah dipersembahkan Air Pancut Berirama Darul Hana selama 15 minit. 

 

Hari ini, baginda Yang di-Pertuan Agong dijadualkan berangkat ke Kompleks Islam Sarawak di sebelah pagi sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya.

 

Ini adalah lawatan sulung baginda berdua ke Sarawak setelah Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu.

kredit : Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Leave a Reply