BANTUAN SEGERA KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH PANJANG UMPANG

Mukah – 19 April 2019

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah telah memberi bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Rumah Umpang, Ulu Baoh Dalat pada tengah hari tadi. Penghantaran ke kawasan tersebut mengambil masa 2 jam 30 minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda dan lori. Penghantaran telah berjaya dilakukan walaupun kawasan tersebut mengalami hujan yang sangat lebat.

Antara bantuan yang disalurkan oleh pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah adalah bantuan segera (berbentuk wang saku, pakaian harian dan makanan), bantuan bahan binaan, bantuan persekolahan dan bantuan peralatan dapur. Menurut Puan Aziah Binti Saruji, Pegawai kebajikan masyarakat bahagian Mukah, “Pihak kebajikan telah menerima laporan pada jam 10.30 malam semalam dan telah membuat perancangan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran pada hari ini. Saya juga berharap bantuan yang telah disalurkan dapat serba sedikit membantu mangsa yang terlibat.” Jumlah mangsa adalah seramai 137 orang yang merangkumi 25 buah pintu. Bantuan bencana telah dilakukan oleh YB Yussibnosh Balo, N.57 Dun Tellian dan disaksikan oleh Puan Aziah binti Saruji dan Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Dalat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s