Selepas 77 tahun di pasaran selamat tinggal majalah mastika

Selepas 77 tahun berada di pasaran, majalah Mastika dilaporkan akan berhenti diterbitkan. Difahamkan, edisi bulan November 2018 merupakan edisi terakhir bagi majalah tersebut.  

Majalah Mastika merupakan majalah Bahasa Melayu tertua di Malaysia. Ia juga telah dikemudi oleh beberapa orang tokoh dimulai dengan Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah Mastika juga memegang rekod sebagai majalah tertua dengan jumlah jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.

Setelah bertahan selama 77 tahun di pasaran penulis pasti ramai yang akan merindui majalah Mastika. Oleh itu anda bolehlah dapatkan edisi terakhir majalah ini untuk dijadikan koleksi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.