DUA CEDERA KERETA REMPUH BELAKANG LORI DI JALAN KUALA BARAM

DUA cedera apabila Proton Saga dinaiki mereka merempuh belakang lori dalam kemalangan Jalan Kuala Baram, Kampung Batu, Miri disini pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, semasa panggilan berkaitan kejadian pada pukul 11.12 pagi, enam anggota yang di ketuai oleh PBK II Nasir masih lagi berusaha memadam kebakaran belukar di kawasan Curtin Unversiti Miri dan terus dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu pemandu kereta Alister Luang anak Braoh, 32, cedera di kepala dan muka, manakala rakannya yang juga penumpang juga turut cedera dibeberapa bahagian badan,”katanya.

Tambahnya lagi, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan.

Bagaimanapun pemandu lori tiada mengalami sebarang kecederaan katanya setelah dihubungi pihak SE hari ini.

-wiraalam-SA

Leave a Reply