LORI TANKER MINYAK TERBABAS DI JALAN PESISIR BINTULU MIRI

BINTULU 17 April- Sebuah lori tangki treler yang membawa muatan minyak terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Persisir, Bintulu-Miri di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Hashim bin Ramelan berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kemalangan pada pukul 8.55 pagi. Sebanyak lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju diketuai oleh PBKII Zulkifli bin Narawi di kerahlan ke lokasi kejadiaan.

Sebuah lori yang membawa muatan minyak hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan. Pemandu seorang lelaki berumur 41 tahun berjaya keluar dan hanya mengalami cedera ringan,”katanya.

Pasukan bomba bertindak membersih tumpahan

minyak dan operasi tamat pada jam 9.45 pagi,” tambahnya lagi.

-wiraalam-SA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.