EH.. GAMBAR SAYA LAH TU !

[INBOX] Dengan selamba je dia jawab soalan Tuan Abdul Aziz Isa.

Memang pun tu Ketua Whip GPS, Datuk Sri Fadillah Yusof. Dia sendiri tak nafikan. Takda hal lah… kalau nak tolong print besar – besar pun ok juga, boleh gantung kat ofis. Ada banyak lagi gambar ni kalu Bang Aziz nak buat album.

Anyway, sebagai Ketua Whip, sepanjang 2 hari itu beliau tidak berputus asa bertemu dengan semua stakeholders yang terlibat bagi membincangkan cadangan serta permohonan dari pihak GPS mengenai beberapa perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi supaya semua YB GPS yakin serta mempunyai asas yang kukuh untuk turut menyokong pindaan Rang Undang Undang Perlembagaan 2019.

Tak kisah lah pangkat besar tinggi, senior junior, bila masuk hal hak Sarawak, ketepikan semua ranking tu. Tidak terdetik pun niat untuk nak buat gerakan mainan politik seperti yang dicanang sesetengah pihak. Bukan nak menang jadi hero…

Tidak juga memberi kelebihan buat GPS untuk menjadi modal untuk PRN 2021 kerana GPS bukan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan sudah pasti tidak akan diberikan keutamaan pun jika mencadangkan Rang Undang – Undang seperti ini. Kemungkinan kena reject awal – awal tu sangat tinggi.

Walaupun di saat – saat akhir, beliau masih berbincang, duduk sekali dengan Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri (tq for the photo Datuk VK Liew) supaya mempertimbangkan cadangan permohonan daripada GPS tersebut.

Tetapi akhirnya, semua cadangan tersebut tidak dapat direalisasikan. Perkataan – perkataan penting seperti “pursuant to Malaysia Agreement 1963” tidak dimasukkan. Kemudian, usul untuk menubuhkan Select Committee telah ditolak oleh 136 YB PH. Maka, kesemua tawaran jalan tengah kepada Kerajaan PH telah mencapai jalan buntu.

Jika mereka memilih untuk bersetuju dengan usul penubuhan Select Committee, rang undang – undang tersebut masih hidup pada hari ini. Entah kenapa nak terburu – buru. Ya,136 YB PH ini lah pengkhianat sebenar yang membunuh rang undang – undang tersebut kerana ini permainan politik mereka terdesak nak mengejar manifesto.

Oleh yang demikian, maka keputusan secara berkumpulan telah dibuat GPS untuk tidak mengundi pindaan tersebut kerana kita tidak mahu merisikokan Sarawak menuju ke arah jalan yang masih samar dalam keadaan terburu – buru.

Tidak mengapalah kalau mereka nak gunakan perkataan “Pengkhianat Sarawak” kerana itu adalah strategi mereka. Yang penting usaha GPS untuk mempertahankan hak Sarawak telah dilakukan hingga ke saat akhir.

P/s: Abdul Aziz boleh tanya YB Lanang yang turut berada dalam perbincangan bersama Menteri Undang – Undang

Antara YB YB dari parti yang telah beliau bawa untuk berbincang adalah:

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad PH-PPBM Perdana Menteri

Datuk Liew Vui Keong PH Warisan / Menteri Undang – Undang

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [PH-WARISAN Semporna] / Ketua Menteri Sabah

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [PH-UPKO Tuaran] / Timbalan Ketua Menteri Sabah

Dato’ Johari bin Abdul [PH-PKR Sungai Petani]

Puan Alice Lau Kiong Yieng [PH-DAP Lanang]:

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan [PBS Keningau]

Dato’ Sri Anifah bin Aman [BEBAS Kimanis]

Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [BN-UMNO Kinabatangan]

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [BN-UMNO Bera]

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [PAS Kota Bharu]

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [PAS Kubang Kerian]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s