RUMAH SAUDARA BARU MUSNAH TERBAKAR

Limbang, 8 April 2019 – Pemandu Jengkaut Mohd. Hafiz Abdullah bersama isteri dan tiga anaknya menerima bantuan awal dari pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang selepas rumah mereka musnah terbakar semalam.

Dalam kejadian tersebut Hariz tidak sempat menyelamat harta benda selepas api memusnahkan seluruh rumahnya bersaiz 20×30 kaki yang terletak di Kampung Entagis, Lubai, Limbang.

Menurut Mohd. Hafiz Abdullah yang juga “ saudara baru ” “ Kejadian terlalu pantas menyebabkan saya dan isteri tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda dan kami hanya melihat sahaja rumah kami dijilat api ”.

“ Syukur alhamdulillah kerana kami sekeluarga selamat dan terima kasih atas penyampian bantuan awal dari JKM “. tambah Hafiz lagi. Punca kejadian masIh dalam sisatan bomba .

Leave a Reply