Seorang maut enam cedera

Serian: Sebuah kenderaan jenis Van Nissan Urvan bernombor pendaftaran Brunei telah terlibat dalam kemalangan kendiri di jalan Sri Aman-Serian, di sini awal pagi tadi.

Ketuai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan Mat Undek berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 2.06 pagi. Sebanyak tujuh anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Trajudin bin Mail dan bantuan Unit EMRS dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Serian di atur gerak ke lokasi.

Katanya, van dipandu bersama tujuh orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari arah Sri Aman menghala ke Serian hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terbalik di dalam parit sedalam dua meter.

Impak kemalangan itu turut menyebabkan cermin depan kenderaan tersebut pecah dan bahagian tepi kenderaan berkenaan juga remuk.

Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi,” tambahnya lagi.

Dua penumpang cedera parah telah bawa ke Hospital Serian dengan menggunakan jentera EMRS Bomba bersama pegawai perubatan. Bagaimanapun setiba di hospital, wanita yang dikenali sabagai Haslina bt Abdullah, 61, disahkan telah meninggal dunia oleh pihak perubatan. Manakala lima lagi mangsa hanya mengalami cedera ringan,”katanya dalam kenyataan disini pagi ini.

-wiraalam-SA

Leave a Reply