Perjalanan lebih singkat ke Tanjung Manis dari Sarikei pada tahun 2023

YAB CM Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyampaikan Surat Tawaran Kontrak bagi membina Jalan Pasi, Sarikei ke Tanjung Manis termasuk pembinaaan Jambatan Batang Rajang kepada pengerusi Metrobrite Engineering Sdn Bhd.

Penyerahan itu diadakan sempena majlis pecah-tanah pembinaan jalan tersebut di Sarikei, hari ini.

Apabila siap dalam jangkaan empat tahun pembinaan, jalan sepanjang 17 kilometer itu mampu memendekkan tempoh perjalanan.

Perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis disingkatkan ke 40 minit berbanding dua jam setengah.

Ia membabitkan kos RM321 juta.

Leave a Reply