MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG HILIR BARU TERIMA BANTUAN AWAL

Sri Aman, 5 April 2019 – Mangsa kebakaran Jamel Tuah, 45, menerima bantuan awal kebakaran dari Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman semalam.

Bantuan berbentuk makanan asas, susu bayi, dan lampin pakai buang dewasa disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumipitera Bersatu (PBB), Mohd Yusof Lugom dan wakil JKM, Kisamudin Kiprawi.

Dalam kejadian tengah hari jumaat, rumah Jamel Tuah yang terletak di Kampung Hilir telah musnah 100 % dijilat api. Rumah didiami oleh Jamel bersama isteri, tiga orang anaknya, dan ibunya, yang berusia 85 tahun. Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan punca kebakaran sedang dalam siasatan.

kredit Sarawak Welfare

Leave a Reply