YB HAJAH SIMOI ZIARAH MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KPG HILIR SRI AMAN

Sri Aman: Sebuah rumah kayu yang didiami lima sekeluarga musnah dalam satu kebakaran di Kampung Hilir Jalan Baru, Sri Aman, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman William Baheng berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.31 tengah hari.

“Seramai 12 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Aman dan lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Engkabang di kerah ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi kejadian, api didapati marak dan berjaya dikawal pada pukul 12.45 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, turut berada di lokasi kejadiaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga YB Hajah Simoi binti Haji Peri yang telah memberi sumbangan berupa wang bagi meringankan sedikit beban keluarga tersebut.

Kebakaran itu telah memusnahkan keseluruhan rumah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada pukul 1.25 petang,” katanya lagi.

-wiraalam-SA

Leave a Reply