ULAR SAWA 6 METER DITANGKAP SIDAK BOMBAšŸ˜²

BINTANGOR: Seorang penduduk dari Jalan Bakong Nearby, Paka Junction, Bintangor, di sini terkejut apabila melihat seekor ular sawa batik berada di atas reban ayam miliknya pagi tadi.

Ular sawa yang dianggarkan sepanjang enam meter tersebut dipercayai belum sempat menjadikan ayam milik penduduk terbabit sebagai habuannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, kehadiran ular terbabit disedari sekitar jam 6.40 pagi.

ā€œBerdasarkan maklumat daripada penduduk tersebut, kehadiran ular tersebut disedari olehnya selepas terdengar bunyi bising dari reban ayam.

Ketika tiba di reban ayamnya, pengadu tersebut terkejut melihat kehadiran reptilia dan beliau dengan segera menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular terbabit katanya.

Sebaik sehaja menerima panggilan, anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap ular seberat 25kg terbabit dengan menggunakan penjerut dan bertindak membawa untuk dilepaskan semula ular tersebut ke habitat asalnya.

-wiraalam-SA-

Leave a Reply