KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG KANCHONG BARU GEDONG AWAL PAGI TADI

Serian: Enam penghuni sebuah rumah di Kampung Kanching Baru, Gedong, Simunjan terselamat dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan, Mat Undek, sebuah rumah kediaman setingkat jenis separuh kekal musnah 70 peratus dalam kebakaran itu.

“Kebakaran itu berlaku jauh daripada rumah kediaman berdekatan, maka, tiada kemerebakan api.

“Gerak kerja pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dua nozel sumber air terbuka dari parit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Api terkawal sepenuhnya pada pukul 2.48 pagi.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian,”

-wiraalam-SA

Leave a Reply