PEMANDU KERETA 4×4 TERSEPIT 😢

Samalaju: Seorang lelaki cedera selepas pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori kargo dari arah bertentangan di Batu 31 Jalan Miri, Bintulu lewat malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju, Hashim berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.36 tengah malam dari orang awam berhubung kejadian ini dan sebuah jentera FRT segera diatur gerak ke lokasi dengan kekuatan enam anggota.

“Setiba di lokasi, pasukan melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Hilux yang datang dari arah Bintulu dan sebuah lori jenis kargo yang bergerak arah Samalaju.

“Impak kemalangan menyebabkan pemandu Hilux tersepit dan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan “hydraulic rescue tool” untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa yang kemudian dikenal pasti sebagai Sa anak Manik 48 tahun diserahkan kepada pihak Ambulan untuk di bawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan.

Leave a Reply