KERETA PARKIR DI BAHU JALAN MUSNAH TERBAKAR 😢

Sebuah kenderaan jenis Honda Civic milik seorang lelaki yang diletakan di bahu jalan berhampiran dengan jambatan Segubang, Sejijak terbakar dalam kejadian yang sekitar pukul 8 mlm di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak, PKPgB Mohd Asnan bin Led berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada pukul 8.36 malam dan terus mengerahkan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang yang diketuai oleh PBK II Jemiran bin Kemis ke lokasi bagi memadam kebakaran.

“Operasi memadam kebakaran terus dilakukan dan api berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi tamat pada pukul 9.21 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik JBPM,” tambahnya.

-wiraalam-SA

Leave a Reply