Kebakaran kereta di Bintulu

Sebuah kenderaan jenis Proton Wira terbakar pada bahagian enjin. Kejadian berlaku pagi tadi di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Pegawai Bomba Kanan II Stephen, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 10.39 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, sebuah Scania dengan kekuatan lima anggota diatur gerak menuju ke lokasi kejadian.
“Sebelum itu kami telah menghadir satu kes kebakaran rumput di tanah perkuburan kristian kebakaran rumput tadi jln Tun Ahmad Zaidi ujarnya.
Kebakaran kereta tersebut, katanya, telah menyebabkan bahagian enjin terbakar 50 peratus.

“Pihak bomba bertindak dengan membuka bonet kenderaan dan memadam menggunakan air dari jentera bagi memastikan kebakaran tersebut padam sepenuhnya.

“Operasi pemadaman tamat sekitar jam 11.05 pagi tadi,”jelasnya.

-wiraalam-SA-

Leave a Reply