JKM MUKAH AGIH 2,908 KOTAK AIR BOTOL KEPADA 1,454 PENDUDOK KAWASAN DALAT

Penduduk membantu menurunkan kotak air yang dibekalkan oleh JKMS Mukah

Tongkang digunakan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke kampung Klid.

Mukah – 30 Mac 2019

Jabatan Kebajikan Masyarakat Mukah telah mengagihkan sebanyak 2908 kotak air botol kepada 1454 penduduk yang terjejas teruk di kawasan Dalat akibat kemarau.

Pengagihan tersebut meliputi daerah Dalat iaitu Kampung Klid, Narub dan Sua dan kawasan Ulu Baoh, Dalat meliputi Rumah Simu, Rantai, Albert Lassan, Umpang, Ambah, Bihai, Balong, Jawa, Sigah, Tinggi, Balai(Ranggi), Ayum, Bajai dan Nyalong.

Penghantaran bantuan tersebut mengambil masa dua jam setengah ke Ulu Baoh dari Mukah menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan lori sementara ke Kampung Klid mengambil masa satu jam menggunakan tongkang.

Tuai Rumah Rantai berkata “ Musim kemarau yang melanda telah menyebabkan kurangnya air hujan untuk dijadikan air minuman dan kami bersyukur kerana JKMS telah segera membantu kami dengan memberi air minuman”.

“ Bantuan air ini akan dibahagikan sama rata kepada penduduk rumah panjang kami dan berharap data meringankan kesusahan yang kami hadapi” tambah beliau lagi.

Masalah air yang teruk telah menjejaskan beberapa kawasan di daerah Dalat. Kebanyakan kawasan di sekitar Mukah masih belum mempunyai bekalan air paip serta masih bergantung dengan air daripada sungai dan air tadahan hujan yang disimpan di dalam tangki untuk kegunaan seharian. Cuaca yang panas telah menyebabkan air sungai dan air tadahan hujan telah kering serta menjejaskan aktiviti seharian penduduk.

Penghantaran bantuan air botol sebanyak telah di lakukan oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Dalat Mohd Omar Qaiyum Yahya dan Pembantu Pembangunan Masyarakat bahagian Mukah.

Samsul Sami.

Menurut Encik Samsul, “musim kemarau telah melanda sejak sebulan yang lalu. Secara tidak langsung telah banyak menjejaskan penduduk di kawasan Mukah yang masih mempunyai masalah bekalan air bersih”.

Leave a Reply