City kembali ke puncak liga

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero (tengah) pada perlawanan menentang Fulham. FOTO AFP.

DUA jaringan menarik daripada Bernardo Silva dan Sergio Aguero membawa Manchester City kembali ke puncak Liga Perdana ketika pasukan itu menewaskan Fulham, 2-0 di Craven Cottage, malam tadi.

Kemenangan ketujuh City dalam saingan liga mencerahkan peluang untuk memburu empat kejuaraan iaitu Juara Liga, Liga Perdana, Piala FA dan trofi Liga Juara-Juara musim ini.
“Kami perlu melalui setiap perlawanan ini dan kami berharap dapat menempuhi kejayaan,” kata pemain pertahanan City Kyle Walker kepada Sky Sports.

Tindakan pemain pertahanan Fulham Timothy Fosu-Mensah gagal mengawal bola dengan kemas berjaya memberi pasukan pelawat mendahului pada minit ke-5 permainan.

Sergio Aguero menyambar hantaran pemain Belanda itu sebelum melorongkan bola kepada Silva yang berjaya melepasi dua pertahan lalu melakukan rembatan kaki kiri untuk menewaskan Sergio Rico.

Fulham beraksi tanpa penjaring terbanyak mereka, Aleksandar Mitrovic selepas tugasan antarabangsa.
Pasukan itu meletakkan lima pemain di barisan pertahanan untuk mengekang jentera serangan City sehingga menyebabkan pasukan itu bertahan tanpa sebarang percubaan tepat di pintu gol lawan.

Kapten pasukan tuan rumah Tom Cairney memperolehi sepakan percuma di sudut tepi berhampiran kotak gol namun peluang menjaringkan gol tersasar.

Silva mencipta gerakan menghasilkan gol pada minit ke-27 dengan membuat hantaran kepada Aguero untuk menjaringkan gol kedua City yang juga pendahulu jaringan liga untuk gol ke-19 musim ini.

Harian Metro

Leave a Reply