Petronas Sarawak Sumbang Bantuan Kecemasan Bencana

Jumaat : Pihak Petronas dalam satu majlis ringkas hari ini di Pusat Pertahanan Awam Negeri Sarawak, menyampaikan sumbangan kecemasan bencana Petronas kepada Pihak APM Sarawak. Sumbangan berupa beras dan keperluan makanan diterima oleh Penolong Pesuruhjaya APM Mohtar Samat disampaikan oleh Pengurus Besar Petronas Sarawak Encik Zulaihi bin Mohd Mantali.

Petronas sebuah badan NGO, banyak memainkan peranan dalam membantu mangsa bencana dan pemberian sumbangan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang diharapkan dapat meringankan beban sewaktu bencana. /SEnews

Leave a Reply