SK BUKIT KINYAU TERIMA BANTUAN AIR

Bukit Kinyau – 28 March 2019 Ketiadaan hujan yang melanda di sekitar kawasan Sarikei pada bulan ini telah menyebabkan krisis air bagi pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau yang merupakan sekolah berasrama menyebabkan mereka terpaksa mencatu penggunaan air takungan bersih bagi meneruskan aktiviti persekolahan seperti hari biasa.

Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau, Shardi bin Wahid, surat permohonan bantuan bekalan air kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei telah dihantar bagi mengurangkan beban mereka akibat krisis air di sekolah tersebut.

Penghantaran bantuan air sebanyak 134 kotak ( 12 botol x 1.5 liter) daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei telah disalurkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Kinyau yang terdiri daripada 26 orang pelajar asrama dan 41 orang guru dan kakitangan sekolah.

Perjalanan mengambil masa hampir setengah jam dari Sarikei ke Bukit Kinyau menggunakan bot dan disambut oleh Penolong Kanan, Japar bin Yusup.

Menurut Japar bin Yusuf,penolong kanan hampir sebulan hujan tidak turun dan mereka terpaksa memohon bantuan daripada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei.

Tambahan pula beliau menyatakan sekolah dan penduduk sekitar Bukit Kinyau ini hanya bergantung sepenuhnya daripada hujan sebagai sumber air utama.

kredit Zulazhar Sheblee

Leave a Reply