MANGSA KEBAKARAN DI SG. GARAN TERIMA BANTUAN AWAL

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei telah menyampaikan bantuan awal kebakaran kepada Encik Chan Sii Wei, 71 berserta isteri Chee Ngit Mei, 66 dan 3 orang cucu di kediaman beliau di Sg.Garan Sarikei, kemarin.

Dalam kejadian kira kira jam 4.26 ptg semalam, rumah kediaman Chan Siii Wei berserta sebuah kereta dan 3 buah motosikal musnah terbakar dan jumlah kerugian belum diketahui.

Kesemua penghuni rumah tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei telah menyampaikan bantuan awal berbentuk makanan dan kelengkapan tidur untuk mangsa kebakaran tersebut.

Buat masa ini, Mangsa ditempatkan sementara di rumah saudara mara beliau di Jalan Empurau, Sarikei.

kredit Zulazhar Sheblee

Sarawak Welfare

Leave a Reply