TERKINI : Kebakaran kereta dekat Wisma Sanyan Sibu

Sebuah kereta musnah terbakar berhampiran dengan Wisma Sanyan, Sibu di sini pagi tadi.

Pihak bomba mendapati terdapat sebuah kereta jenis Perodua Axia sedang terbakar di tempat letak kereta apabila kami tiba di lokasi kejadian di Jalan Sanyan.

“Kami segera memadamkan kebakaran dan dipadamkan dalam tempoh kira-kira lima minit,” katanya ketika dihubungi SE di sini hari ini.

PBK II Tahir bin Tuah berkata, seramai enam pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dengan sebuah jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran kereta itu.

Tiada melibatkan sebarang kemalangan jiwa, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamat pada jam 10.45 pagi,”tambahnya lagi.

Fotos ehsan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak

Leave a Reply