Musnah, rumah dua tingkat terbakar

SARIKEI: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran Jalan Nyalan di sini, petang tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira 4.00 petang itu mengakibatkan rumah jenis tidak kekal itu musnah sepenuhnya.

Turut musnah sebuah kereta dan dua buah motosikal yang diletakkan berhampiran rumah berkenaan.

Menurut sumber, hanya beberapa anggota keluarga mangsa berada di rumah tersebut ketika kejadian itu berlaku.

“Mereka tersedar selepas terdengar bunyi bising di tingkat atas. Salah seorang daripadanya ternampak api sebelum menjerit sambil meminta anggota keluarga yang lain keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pasukan dari Balai Bomba Sarikei bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.25 petang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita menjalankan operasi pemadaman api dan berjaya memadam sepenuhnya kebakaran itu pada jam 6.20 petang.

“Hasil pemantauan susulan, kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa. Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.


Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan SE, ia merupakan pandangan peribadi penulis.

Jalan menuju ke rumah terbakar itu sempit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s